Khamis, 15 Oktober 2015

Objektif Penubuhan Pesta Ikan Buntal

  1. Mempromosikan Bahagian Betong sebagai salah sebuah destinasi pelancongan menarik bagi negeri Sarawak.
  2. Memperkenalkan spesis Ikan Buntal kepada pihak luar selain masyarakat dari Daerah Betong.
  3. Mempromosikan keunikan budaya masyarakat tempatan khasnya penduduk Daerah Kecil Spaoh.
  4. Memperkenalkan keistimewaan masakan Ikan Buntal, cara-cara masakan, cara penangkapan dan sebagainya kepada pihak luar.
  5. Mewujudkan peluang perniagaan dan pemasaran Ikan Buntal dan produk-produk atau barangan tempatan yang lain sekaligus memperkasakan sosio-ekonomi penduduk setempat di Daerah Betong.
  6. Mewujudkan jaringan kerjasama yang padu dan berterusan di antara komuniti setempat, jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta, NGOs dan sebagainya.
  7. Mempromosikan Integrasi Nasional atau Konsep 1Malaysia di antara masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Bahagian Betong.
  8. Mewujudkan Pesta Ikan Buntal sebagai salah satu Acara Tahunan Pelancongan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan