- Mempromosikan Bahagian Betong sebagai salah sebuah destinasi pelancongan menarik bagi negeri Sarawak.
- Memperkenalkan spesis Ikan Buntal kepada pihak luar selain masyarakat dari Daerah Betong.
- Mempromosikan keunikan budaya masyarakat tempatan khasnya penduduk Daerah Kecil Spaoh.
- Memperkenalkan keistimewaan masakan Ikan Buntal, cara-cara masakan, cara penangkapan dan sebagainya kepada pihak luar.
- Mewujudkan peluang perniagaan dan pemasaran Ikan Buntal dan produk-produk atau barangan tempatan yang lain sekaligus memperkasakan sosio-ekonomi penduduk setempat di Daerah Betong.
- Mewujudkan jaringan kerjasama yang padu dan berterusan di antara komuniti setempat, jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta, NGOs dan sebagainya.
- Mempromosikan Integrasi Nasional atau Konsep 1Malaysia di antara masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Bahagian Betong.
- Mewujudkan Pesta Ikan Buntal sebagai salah satu Acara Tahunan Pelancongan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak.
Khamis, 15 Oktober 2015
Objektif Penubuhan Pesta Ikan Buntal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan